Tuesday, August 31, 2010

Pay Per Lead (PPL)

Pay Per Lead tu apa ek?

 Mungkin anda tak pernah dengar ada PPL ni. Istilah Pay Per Lead atau lebih sinonim dengan sebutan Program PPL adalah program penjanaan wang yang paling mudah dari internet. Ianya merupakan satu peluang bagi sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan pendapatan tambahan secara sampingan dari internet TANPA MODAL.

Ya, program PPL ini tidak memerlukan seseorang yang menyertainya mengeluarkan modal walau satu
sen sekalipun!

Bagaimana program PPL ini berfungsi?

Secara asasnya, program PPL ini dianjurkan oleh mana-mana Usahawan Internet yang mempunyai modal
yang banyak (besar). Pada kebiasaannya, Usahawan Internet ini akan membangunkan sebuah minisite
atau Opt-In Page yang telah di integerasikan dengan sistem autoresponder, yang mana minisite atau Opt-
In Page tersebut menawarkan pemberian produk percuma sama ada dalam bentuk digital atau fizikal
kepada pelawat (prospek).

Usahawan Internet ini akan membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi ‘agen promosi’ bagi
minisite atau Opt-In Page yang menawarkan produk percuma tersebut dan komisyen akan dibayar bagi
setiap pelawat (prospek) yang berjaya melakukan pendaftaran nama dan juga email secara SAH melalui link ‘agen promosi’!

Apa tujuan sebenar program PPL ini?

Tujuan utama bagi pihak penganjur (Usahawan Internet) adalah untuk mengumpulkan seberapa banyak
prospek atau dalam erti kata yang lain ialah senarai email. Kebiasaannya, bagi setiap program PPL yang
dianjurkan terdapat 2 perkara yang perlu diambil perhatian iaitu :

Jumlah sasaran (target) : Penganjur (Usahawan Internet) ini telah menetapkan sasaran tertentu untuk
mengumpul seberapa banyak prospek sebelum program PPL ini ditamatkan. Sebagai contoh, pihak
penganjur telah menetapkan untuk mengumpul sebanyak 10,000 prospek (senarai email) sebelum
program PPL ini ditutup. Pembayaran komisyen PPL ini akan dibuat sejurus program PPL ini tamat.

Tempoh had masa : Adakalanya pihak penganjur menghadkan tempoh masa program PPL ini berjalan
atas sebab-sebab tertentu seperti 1 hingga 3 bulan sahaja. Komisyen pula akan dibayar sebaik sahaja
tempoh program PPL ini tamat.

NOTA : Ada juga sesetengah program PPL tidak mempunyai tempoh had masa dan juga jumlah sasaran.
Biasanya program PPL seperti ini akan berjalan terus menerus sehingga bila-bila dan komisyen akan di
bayar pada setiap bulan pada tarikh tertentu.

Contoh PPL di Malaysia yang tiada had masa:

1) Belajar Bisnes Internet dengan Raja Kamil = RM0.50 per lead

PPL Raja Kamil


2) Eruwan Gerry = RM1.00 per lead